Monday, July 25, 2016

Error 404 : 30 Day Atkins Workout Battle

Hai ~

Puas sudah raya? Masa untuk back ON track.

Aku dan Cheng dah bincang. Battle Atkin kali ni agak berlainan. Sebabnya, kami akan fokus pada INCH LOSS. Bukan pada lose weight seperti selalu.

So, heres the deal.

Masih lagi grup yang sama ditubuhkan pada 12/6/2015 cuma peserta yang berlainan. Mereka diwajibkan untuk meng-install aplikasi "30 Day Fitness Challenge" (seperti di dalam gambar) dan setiap peserta diminta serahkan gambar sebelum dan selepas ya..

WO Wajib : Full Body - Easy Plan 1 
Lain lain WO ikut kemampuan masing masing ya


Ini contoh Day 1 workout dalam aplikasi tersebut



Tapi rule kali ni tak ketat. Konsep mudah; kau buat kau dapat.

Peserta cuma perlu ikut je apa dalam app tu tunjuk. Ada yang tak faham boleh terus tanya dekat dalam grup.
Workout workout juga. Diet jangan lupa ya. Kalau anda clean atkin + workout : pasti bentuk badan ideal menjadi milik anda. Woot wooot~


Bawah ni rulenya :
Atkiner WO Battle: DNF404

Salam gais.. Utk battle kali ni ada perubahan sikit. Fokus pada INCH LOSS


Syarat2 battle;
1. Workout atas kehendak sendiri. 
Nak buat 10 minit, selang hari.. 
Strictly TIADA paksaan dr kami. U buat u dapat 

2. Peserta perlu hantar gambar terkini 
(wajib) selewatnya rabu ni. 
Tarikh gambar akhir sblm final 
akan diberitahu kemudian.

3. Takde paksaan dlm battle ni. 
Cth, u guys nk skip, 
xnk buat lgsg pun xde mslh. 
Cuma akan effect gmbr sblm dan slps.

4. Last but not least, 
pls and pls jgn leave battle 
smpai la hbs program.

P/s: gambar dan berat blh pm cheng.

Selamat berjaya semua 

*cheng kocheng*


Manakala untuk peserta yang join kali ini;

30days fitness challenge
(25 julai-25 ogos)

1. Dayah
2. Ekin
3. El
4. Cheng
5. Mah
6. Aini
7. Balqis
8. Sha
9. Laila
10. Dean

Lain lain info kami akan update pada next entri ! Jangan lupa untuk follow blog ini dan suggest pada kekawan anda yang nak kurus ! Inshaallah blog kami ni boleh membantu !

Semoga terus tabah dan jayakan battle kali ini. Good luck uolz !!

AWO Battle : 25 Julai 2016 - 25 Ogos 2016 kini bermula !

p/s : 
wo = workout
awo : atkins workout

with love,
EL

Sunday, April 3, 2016

Error 401 : Introduction

2013

Gara gara nak kurus. Aku menubuhkan grup whatapp berdasarkan Diet Atkin. Akan tetapi.... Error 404 terjadi sehingga lah tahun yang ke-3.

Misi untuk kurus dibawa dari tahun ke tahun sehinggalah sekarang dan yes. Masih lagi terus mencuba untuk KURUS!

Beach ! Kau ambil masa bertahun tahun untuk gemuk. So, kurus pun ambil masa bertahun la yedak? (Psst! Ini alasan!)

Tapi jangan pandang rendah ketidak-bolehan untuk kurus aku. Sebab anak anak didik aku dalam grup itu susses dengan jayanya. Kahkah!

So, tah macam mana kemarin, maka tertubuh lah laman belog ini.

Motifnya simple je. Untuk conteng conteng aku dan si Cheng, partner sengal aku. Kami berdua akan update blog ini dari hari ke hari. Banyak tip diet, tip knowledge, tip travel dan macam macam lagi..

Pls make us famous! Kahkah !

Semoga berjaya untuk kurus kali tah keberapa pada tahun ke 3!

Current weight :

EL : 81.4KG (160cm)
Cheng : 61KG (157cm)

Sunday, March 27, 2016

Arti Error Code

Kenapa mengunakan error code?

Kesilapan dalam kehidupan, tiada pemisahan yang kekal. 

Begitu juga, dengan pengunaan kod kod ini dalam laman sesawang. Sesiapa yang kaki online pasti akan jumpa kesilapan kesilapan ini. Persamaan mereka setimpal dengan kehidupan seharian kita.

Pasti, kita semua akan tertanya tanya... Bagaimana mahu mengatasi masalah itu ini. Bagaimana membaiki diri.

Tujuan kami bukan untuk mengajar bagaimana ingin menjadi bagus dalam kehidupan, tetapi moga moga dengan coretan kami berdua dapat sedikit sebanyak memberi impak dan ikutan, agar kita tak akan kalah dengan si durjana bernama "Putus Asa"

Sinonim dengan maksud kod dengan laman sesawang, kami bahagiakan mengikut kod yang bersesuaian, agar blog ini lebih tersusun dan pengunjung lebih senang untuk datang kembali.

Error 401 : Personal
Error 403 : Love
Error 404 : Diet
Error 406 : Travel
Error 500 : Lesson
Error 509 : Life


Semoga hidup kita dapat diperbaiki untuk menjadi lebih baik.

Aamiin.